Janganlah saudara-saudara mengira bahawa saya mahu men'cap' orang-orang Muslim sebagai orang-orang kafir. Tidak, bukan begitu maksud saya. Saya hanya mengajak saudara-saudara untuk berfikir dan merenungkan mengapa kita semua tidak memperoleh rahmat Allah.
Kita tahu bahawa Muhammad saw adalah Utusan Allah, tetapi kita, seperti halnya
orang-orang kafir, takut untuk mengikutinya. Kita tahu bahawa Allah mengutuk para
pembohong dan telah menyatakan dengan tegas bahawa tempat tinggal orang-orang
yang merasuah dan yang menerima rasuah adalah neraka.
Saudara-saudara yang tercinta!
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Barangsiapa yang menunjuki kepada kebaikan maka dia mendapatkan pahala seperti pahala orang yang mengerjakannya.”
(HR. Muslim no. 1893)
Barangsiapa yang mengajak pada petunjuk, maka ia akan mendapat pahala orang yang mengikutinya, yang demikian itu tanpa mengurangi pahala mereka sedikitpun” (HR. Muslim no. 2674)
“…Jika ia berkeinginan melakukan kebaikan kemudian ia melakukannya, Allah mencatat untuknya 10 hingga 700 kali lipat kebaikan sampai tak terhingga…” (HR. Muttafaqun ‘Alaih)
Mengapa kita menjadi korban bencana dari segala penjuru? Mengapa mereka yang kita sebut orang-orang kafir, yakni hamba-hamba Allah yang membangkang kepadaNya, di mana-mana menguasai kita?
Dan mengapa kita, yang menyatakan diri sebagai hamba-hambaNya yang patuh, diperbudak orang di mana-mana? Semakin saya merenungkan sebab dari situasi ini, semakin saya merasa yakin bahawa satu-satunya perbezaan yang tinggal antara kita dengan orang-orang kafir sekarang ini hanyalah perbezaan dalam nama sahaja, sedangkan kita sama lupanya kepada Allah dengan mereka, sama tidak takutnya kepadaNya, dan sama pula
pembangkangnya dengan mereka, orang-orang kafir.
pembangkangnya dengan mereka, orang-orang kafir.
Tentu sahaja ada perbedaan sedikit antara kita dan mereka, tetapi perbezaan ini demikian kecil dan tidak bererti apa-apa. Justeru perbezaan itu membuat kita semakin patut memperoleh hukuman dari Allah, kerana kita tahu bahawa al-Qur'an adalah Kitab Allah tetapi kita memperlakukannya seperti perlakuan yang diberikan orang-orang kafir kepadanya.
Kita tahu bahawa Muhammad saw adalah Utusan Allah, tetapi kita, seperti halnya
orang-orang kafir, takut untuk mengikutinya. Kita tahu bahawa Allah mengutuk para
pembohong dan telah menyatakan dengan tegas bahawa tempat tinggal orang-orang
yang merasuah dan yang menerima rasuah adalah neraka.
Dia telah menyatakan bahawa para pengambil dan para pemberi riba adalah penjahat-penjahat yang paling keji. Dia telah mengatakan bahawa membicarakan orang lain adalah seperti memakan daging saudara sendiri yang telah mati.
Dia telah memperingatkan bahawa kata-kata dan perbuatan-perbuatan yang kotor, kebiadapan dan perbuatan-perbuatan yang cabul akan dihukum dengan hukuman yang pedih. Tetapi walaupun kita mengerti itu semua, namun kita melakukannya dengan bebas seperti orang-orang kafir, seolah-olah kita sama sekali tidak takut kepada Allah. Inilah sebabnya mengapa kita tidak memperoleh rahmat, kerana kita tampaknya sahaja adalah orang-orang Muslim, tetapi sebenarnya kelakuan kita sama sahaja dengan orang-orang kafir.
Kenyataan bahawa orang-orang kafir menguasai dan memerintah kita, dan kehinaan kita di tangan mereka pada setiap peristiwa, adalah bentuk hukuman atas kejahatan kita yang telah tidak menghargai
nikmat kurnia Islam yang telah dilimpahkan kepada kita.
nikmat kurnia Islam yang telah dilimpahkan kepada kita.
Saudara-saudara yang tercinta!
Apa yang saya katakan pada hari ini tidaklah ditujukan untuk menyalahkan anda semua.
Kedatangan saya ke sini bukanlah untuk mencela saudara-saudara. Maksud saya
hanyalah untuk menyedarkan dan mengajak anda semua untuk memperoleh kembali apa
yang telah hilang dari tangan kita. Keinginan untuk memperoleh kembali harta yang
hilang akan timbul, bila seseorang menyedari apa yang telah hilang dari tangannya dan
betapa bernilainya harta yang hilang itu.
Kerana itulah saya mencuba untuk
menyedarkan anda semua. Bila anda semua mengerti dan sedar bahawa sesungguhnya
anda dahulu pernah memiliki suatu harta yang tidak ternilai harganya, yang kemudian
hilang dari tangan anda, maka anda pasti akan berfikir untuk memperoleh harta itu
kembali.
________
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Barangsiapa yang menunjuki kepada kebaikan maka dia mendapatkan pahala seperti pahala orang yang mengerjakannya.”
(HR. Muslim no. 1893)
Barangsiapa yang mengajak pada petunjuk, maka ia akan mendapat pahala orang yang mengikutinya, yang demikian itu tanpa mengurangi pahala mereka sedikitpun” (HR. Muslim no. 2674)
“…Jika ia berkeinginan melakukan kebaikan kemudian ia melakukannya, Allah mencatat untuknya 10 hingga 700 kali lipat kebaikan sampai tak terhingga…” (HR. Muttafaqun ‘Alaih)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar